Thursday, March 24, 2011

STUBBORNNESS TO BE TOGETHER

Diam tak diam dah 2 minggu Dalila duk JB. Minggu pertama yg penuh dengan t/duga, and Isnin lepas dapat panggilan utk start keje mula Apr 1, hehehe… Walaupun tempat keje kami dekat, hanya sejengkal jln WAF yg memisahkan, tp masih susah untuk pegi keje bersama sbb jadual waktu yang berbeza. Jadinya, cuma harap dapatlah kami luang ms mkn t/hari bersama, dan sesekali boleh jer kot g keje bersama, terutamanya hari Rabu, Movie Day !!!..

Seminggu merasa berdua sbg suami isteri, pling sronok balik2 jer makanan dah terhidang, bngun pagi aku takde terlewat lagi, jadinya dapatlah solat Subuh pada masanya. Ms bujang dl, pkul 6.30 br bangun, siap2 smua pkul 7 br solat Subuh. Perjalanan dari uma ke tpt keje pn makin menyeronokkan, dekat sket 1 hal, lg satu sbb on the way dpt gak cuci mata dengan indahnya Teluk Danga and himpunan banglow kat sekitarnya, at least tenang sket mata ni sblm menghadap mesin lapuk Parking CS, huhu…

Lagi yg best bl beristeri ni, baju semua ada org gsokkan, ade org teman g sana sini, bestla semuanya, hehehe……… Tapi masih masing2 kene tau t/jwb and peranan masing2, masih perlu saling menyokong satu sama laen, dan kami akan terus belajar, fighting !!..

P/s: Rezeki dari-Nya mmg tak terduga, dan kami bersyukur atas segalanya. Anugerah-Nya buat kami tunduk menghambakan diri. Moga rahmat dan kurnia-Nya berterusan untuk kita_Amin.

28 Mar 2011 ni genap beberapa tahun kami kenal, tempoh yg agak lama jgk. Andai ditanya rahsia kami mengekalkannya, jawapannya seperti tajuk entry ni, Stubbornness To Be Together. Mcm pasangan laen, kisah kami jugak ade rempah rasanya mcm kamu !, tapi kami degil dengan hub ni. Kami nak ianya kekal, menerima kelebihan dan bertolak ansur atas segala kekurangan.

Ada satu citer ni, ttg seorang murid yang berjalan atas padang untuk mencari rumput yang terbaek, syaratnya hanya 1, tak boleh patah balik.. Renung2kan..

No comments: