Tuesday, September 6, 2011

ANUGERAH III [Hari Raya Orang Dah Kahwin 2011]

Tahun ni buat pertama kali raya tempat org, no more Johor with lemang atuk, sup malam raya, bunga api malam raya ke-tiga, pergi kubur raya ke-dua and tiada lagi kerja dihari raya !, 1st time after 2 years working aku cuti raya lama (best giler). Previuosly, masuk raya ke-tiga dah kene kerja (1st yr keje) and raya ke-dua (2nd year keje)
Tahun ni juga, 1st time beraya bersama yang isteri tersayang, even drive alone Jhr-Perak, Jhr-Perak on 28 Aug 9 hours and Perak-Johor on 3 Sept 12 hours !. Tak terasa penatnya, just got some flu on last ramadhan sebab kene hujan, huhu… and pagi Ahad 4 Sept. dah start beraya kat Johor plak.

Pengalaman Beraya di tempat orang ?
Hmm, best !, sebabnya semua baru, family baru, rumah baru, isteri baru and suasana baru. Even raya tempat org, tak terasa janggal sangat sebab banyak benda sama, org datang beraya, kite pergi beraya. As tahun ni 1st year family mertua beraya dirumah baru sendiri, maka ramailah sedara mara datang beraya, hal ni sama jer dengan aku bila beraya kat kampong, duk uma jer tunggu org datang. Cume bezanya, belah aku takde upacara salam2 pagi raya lepas solat (bila wife aku tanya kenapa takde, jawapan aku sebab family aku “ROCK !”). Bila ada upacara tu, rase raya yang real, bermaafan, bagi duit raya and lepas tu snap pix.

Memorabilia ?
Tahun ni something crazy jugak sebenarnya, bila 1st time joint adik ipar masak lemang, btul-betul tak sangka bley masak plak lemang tu, even bertambah santan and hujan merintik, at last masak elok. Kat johor sekalipun takdenya aku nak menolong atuk masak lemang, setakat tarik buluh bleyla, huhu..

Harapan ?
I really countdown for next year raya, untuk pertama kalinya beraya dengan baby,  InsyaAllah. Betul2 tak sabar menunggu. Apela rasanya nanti, hmmmmm :)..
Di post kali ni jugak, aku nak salute PLUS Highway and PDRM. Kerja-kerja mereka amatlah aku hargai dalam memastikan highway bergerak licin. For example, congestions Ipoh-Slim River, PLUS dengan bijaknya buka 1 lane kat laluan Selatan-Utara as laluan kontra untuk atasi kesesakan, hasilnya sangat bagus, smooth jer jalan. (Antara reason sesak kat highway ni adalah sbb laluan 2 lorong, bila dah 3 lorong jarangnya sesak). Then PDRM pulak dapat dilihat disetiap bit polis, bagus2 !!!.
Nak tambah 1 lagi, thanks untuk IRDA yang dh menyempurnakan jalan di Danga Bay, dengan pembukaan jalan baru (Danga-Bukit Indah + lain-lain jalan), kesesakan lalulintas pn dapat diatasi, and paling best sempatlah kami breakfast dikedai_Thank you !

 1st try
 Raya in green !
 Tahun depan try ni plak kat Perak
Last, beribu maaf buat semua muslimin and muslimat, selamat hari raya and moga Allah memberi kite seribu rahmat, kurniaan rezeki, kesihatan yang baik dan umur yang bermanfaat untuk kite beraya lagi. Salam Raya !


2 comments:

abang chik said...

kat kampung kte rye msak lmang berpuluh batang..
kat perak 8 batang je ke??
ag 1../
family kte memg x pnh gather pg rye mtk mf kan?
sbbnye family kte kan sling memaafi..
tu yg x mtk mf tu..
hahaha
amcm alsan blh dtrime pkai x??
hahaha

Khairul Izwar said...

baru2 blajar, mencube.. bleyla diterma jgk, tp kene ade jugak kot, br meriah, ahaha...